Ketika dan Kalimat

    Ketika dan Kalimat. Ini merupakan tugasan terakhir bagi kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim sepanjang satu semester bersama kami. Pejam celik pejam celik sudah 14 minggu ditempuhi dan sepanjang 14 minggu ini, banyak kenangan yang tercipta. Sejujurnya, kursus ini antara kursus yang paling banyak membantuku dan teman-teman lain dalam mencipta memori sepanjang kami bergelar mahasiswa ijazah sarjana muda di universiti pertanian ini. Mengapa aku berkata sedemikian? Maklumlah, aku dan teman-temanku yang lain sebenarnya tidak pernah merasa pembelajaran secara fizikal selama empat semester berlalu memandangkan virus kelawar melanda senegap dunia.

    Selama ini, kami hanya bangun pagi dan bersedia untuk menghadap gajet pintar kami tidak kira telefon, tablet mahupun komputer riba secara berterusan yang kadangkala mengakibatkan minda kami berasa penat atau 'drain out'. Namun melalui pelbagai tugasan yang diberikan dalam kursus ini terutamanya berkaitan penghasilan video, sedikit sebanyak kami dapat berkumpul sesama ahli kumpulan dan melaksanakan tugasan dengan seronok dan jayanya. Untuk itu, terima kasih dizahirkan kepada pensyarah kami, Prof. Dr. Normaliza atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan. Terima kasih juga diucapkan kepada kumpulan saya iaitu KJK Production yang setia bersama sehingga saat ini (you know who you are). Tidak banyak yang mampu aku ceritakan, tapi cukup setakat itu sajalah coretan zafarul adib berakhir.



KEHADIRAN AMALI MINGGU 14 - 01/07/2022