Elemen Asas Grafik


Elemen: Mudah

Tema: Pengiklanan Promosi


Huraian: Gambar di atas mempunyai elemen mudah. Apabila seseorang melihat gambar tersebut, individu itu pasti mudah memahami mesej yang ingin disampaikan. Jika dilihatkan, Pasaraya Fresh Grocer telah menerapkan elemen mudah dalam poster promosinya untuk menarik perhatian bakal pembeli. Info penting dalam gambar seperti tarikh promosi dan lokasi cawangan berjaya diaplikasikan.



Elemen: Mudah

Tema: Sambutan Hari Lahir

Rujukan: Gambar Sendiri - K Fry IOI City Mall Putrajaya

Huraian: Elemen yang ingin ditonjolkan ialah elemen mudah. Hal ini dapat dijelaskan apabila terdapat seorang watak yang dikelilingi dengan makanan dan hiasan sambutan hari lahir. Watak yang menjadi fokus utama gambar kelihatan gembira memberikan makna bahawa sambutan itu diadakan untuknya. Lantas, seseorang yang melihat gambar di atas akan mudah memahami mesej disampaikan. 



Elemen: Warna 

Tema: Reka Bentuk Dalaman


Huraian: Gambar di atas memenuhi elemen warna kerana tidak melebihi tiga warna iaitu kuning, hijau dan putih. Kombinasi warna tersebut dianggap sesuai kerana kesemua warna itu masih tergolong dalam rona warna yang sama. Malah, kombinasi tersebut berjaya mewujudkan unsur ketenangan dalam reka bentuk dalaman ruang itu. Mesej yang diselitkan dalam gambar telah disampaikan dengan sebaiknya.



Elemen: Warna

Tema: Reka Bentuk Luaran

Rujukan: Gambar Sendiri - Sedaun Modern Food

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, penggunaan elemen warna yang sesuai mampu mempengaruhi cara pandang audiens. Hal ini disebabkan warna  putih dan warna hijau mendominasi keseluruhan gambar. Jika dipandang sekali imbas, gambar tersebut menerapkan unsur ketenangan berkaitan dengan alam. Meskipun mempunyai lebih daripada tiga warna, namun mesej tetap berjaya disampaikan.



Elemen: Teks

Tema: Papan peringatan


Huraian: Gambar di atas memainkan peranan dalam menyampaikan elemen teks. Dengan mengambil ruang hampir separuh gambar, papan tersebut berjaya menyampaikan mesej peringatannya. Penggunaan jenis dan saiz fon yang besar, digabungkan dengan elemen warna yang menyerlah telah menimbulkan unsur penegasan. Apabila seseorang melihat papan itu, peringatan senyap haruslah dipatuhi.



Elemen: Teks

Tema: Pengiklanan Promosi

Rujukan: Gambar Sendiri - Llaollao Lalaport Bukit Bintang

Huraian: Elemen teks yang disatukan dengan grafik yang sesuai mampu memberikan makluman kepada audiens. Dalam promosi tersebut, Llaollao berjaya menerangkan kepada audiens jenis pencuci mulut yang tersedia. Malah, penggunaan saiz dan warna fon yang berbeza mampu menerangkan  potongan harga yang dilakukan. Kesemua fon harga diskaun dibesarkan berbanding fon harga asal yang bersaiz kecil.



Elemen: Kesesuian

Tema: Ketenangan Alam

Rujukan: https://www.planetware.com/world/best-hot-air-balloon-rides-in-the-world-us-ut-198.htm

Huraian: Berdasarkan gambar yang dilampirkan, elemen kesesuaian jelas kelihatan. Belon udara panas yang menjadi fokus utama gambar sesuai dengan latar tempat dan latar masa yang ditonjolkan. Hal ini disebabkan belon udara panas semestinya perlu dilepaskan di kawasan yang luas dengan keadaan cuaca yang baik. Jika latar tempat dan latar masa tidak diambil kira, pasti belon tersebut tidak dapat dilepaskan.



Elemen: Kesesuaian

Tema: Persahabatan

Rujukan: Gambar Sendiri - Setia Spice Convention Centre

Huraian: Gambar di atas menekankan elemen kesesuaian dengan penerapan latar masa dan latar tempat. Kesemua watak dilihat memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial memandangkan gambar tersebut diambil semasa virus korona melanda. Latar tempat yang dipilih juga sesuai kerana berjaya memperlihatkan watak. Gambar tersebut dianggap releven dan sesuai di zaman pandemik.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Panorama Kreatif


Huraian: Elemen yang paling menonjol dalam gambar di atas ialah keseimbangan. Keseimbangan yang dimaksudkan adalah dari segi ruang yang wujud dalam gambar iaitu ruang kiri dan kanan, serta ruang atas dan bawah. Memandangkan gambar diambil di pertengahan bangunan, jadi ruang kiri dan kanan menjadi seimbang. Ruang atas yang dipenuhi langit juga dilihat seimbang dengan ruang bawah iaitu jalan raya.



Elemen: Keseimbangan

Tema: Ketenangan Alam

Rujukan: Gambar Sendiri - Stesen Keretapi Kobah

Huraian: Keseimbangan dalam gambar di atas merujuk kepada segenap ruang yang menjadi fokus gambar. Hal ini diterangkan apabila ruang kosong mahupun ruang yang diisi grafik mampu mengimbangkan gambar. Keseimbangan yang paling ketara wujud dalam gambar tersebut ialah ruang kiri dan kanan stesen keretapi. Ruang atas yang kosong dan ruang bawah yang penuh juga dilihat seimbang.


Berikut merupakan pautan YouTube video berkumpulan bagi tugasan ini:

https://youtu.be/abFYa7Ev-w0



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 2 - 30/03/2022