Biodata Diri


Hai assalamualaikum my fellow readers!

Kita mulakan dengan ayat klise terlebih dahulu. Nama diberi Muhammad Zafarul Adib, biasanya dipanggil sebagai Zafarul atau Adib bergantung kepada hubungan keakraban hehe. 

Umur? Bergantung kepada tahun semasa ditolak tahun kelahiran aku iaitu tahun 2000. Dilahirkan, dibesarkan dan menimba pengalaman hidup sepenuhnya di Pulau Pinang sehinggalah aku meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

Kenapa? Aku merupakan seorang mahasiswa Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian di Universiti Putra Malaysia yang nun terletak jauh di Serdang, Selangor. Tidak pernah ku sangka aku akan menjadi anak perantauan yang jauh dari keluarga seawal usia 20-an ini hahahaha.

Em jujur aku cakap, aku tidak tahu apa yang patut diceritakan tentang biodata insan kerdil ini, cuma setakat itu sahaja yang dapat ditulis ketika ini. Akan ku kemaskini coretan ini dari semasa ke semasa andai masa mengizinkan.