Asas Videografi: Video Setempat

   Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), video setempat merujuk kepada video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan tidak beralih tempat atau kawasan. Video itu dirakam dan suara latar merupakan suara individu yang merakam video tersebut. Terdapat penceritaan disertakan dengan humor dan perkara yang berlaku pada masa itu. Video setempat digemari oleh pengguna telefon bimbit yang gemar memberi berita terkini tentang dirinya.

   Berbeza dengan tugasan asas videografi yang lain sebelum ini, tugasan kali ini disiapkan secara individu dan bukannya berkumpulan. Meskipun video ini dirakam selama tiga minit dengan sekali rakam sahaja tanpa sebarang suntingan, namun ia masih sukar dilakukan kerana lokasi, situasi dan penceritaan perlu diambilkira dan difikirkan sesuai untuk dirakam. Dalam video setempat yang saya hasilkan, saya telah memilih penceritaan berkaitan ulasan makanan atau lebih dikenali sebagai food review makanan yang dibeli daripada bazar kolej kediaman.

Berikut merupakan pautan YouTube video individu tugasan ini:
https://youtu.be/Kc7lBgqe-CY



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 11 - 08/06/2022