Pembentangan Podcast

    Seperti yang diperkatakan minggu lepas, kuliah minggu ini meminta kami untuk membentangkan tugasan podcast yang telah direncanakan. Bagi giliran pembentangan kumpulan, kumpulan saya iaitu KJK Production merupakan kumpulan kedua yang berperanan membentangkan segala tajuk podcast yang dipilih. Manakala, untuk giliran pembentangan setiap ahli dalam kumpulan saya pula, saya menjadi pembentang kelima daripada sepuluh pembentang. Saya telah memilih podcast yang bertajuk 'Menjadi Ahli Parlimen' yang dikongsikan oleh Syed Saddiq di saluran YouTube Yum Cha Sessions seperti pautan berikut: https://youtu.be/L7801Stviuo

    Tajuk tersebut hendaklah tidak boleh sama dengan ahli kelas yang lain dan sebolehnya disampaikan dalam bahasa Melayu. Kami perlu mencari satu podcast berdurasi 15 minit dan ke atas, mendengar dan memahami isi yang disampaikan, seterusnya menyediakan slaid pembentangan untuk disampaikan selama lima atau tujuh minit. Semasa pembentangan, seorang penjaga masa akan menegur pembentang sekiranya pembentangan tersebut akan dan sudah tamat masanya. Memandangkan setiap kumpulan mempunyai jumlah ahli yang ramai, pembentangan pada kelas kuliah minggu ini disambung pada kelas amali bagi menyempurnakan semua pembentangan.

Berikut merupakan pautan Google Drive slaid pembentangan individu bagi tugasan ini:
https://drive.google.com/file/d/1hKMSNh5Geii3TCOp2z5Xrxc9cI1WnCzv/view?usp=sharing



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 13 - 22/06/2022


KEHADIRAN AMALI MINGGU 13 - 24/06/2022