Asas Videografi: Video One Shot Two Layer

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), one shot two layer dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam video tersebut dilakukan dan hal ini menunjukkan video yang menarik.

    Ketika bermesyuarat untuk menghasilkan tugasan video ini, agak sukar untuk mencari tarikh dan waktu yang sesuai kerana kekangan masa yang dihadapi oleh setiap ahli kumpulan. Terdapat salah seorang daripada ahli kumpulan kami yang menyertai Sukan Kolej. Oleh itu, kami semua bersepakat untuk membuat latihan pada waktu malam. Walaupun agak letih, kami berjaya mencapai kata putus dan menghasilkan video ini dengan kerjasama erat daripada setiap ahli kumpulan.

Berikut merupakan pautan YouTube video berkumpulan bagi tugasan ini:



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 8 - 18/05/2022