Asas Videografi: Video One Shot One Layer

    Menurut Normaliza Abd Rahim dalam bukunya iaitu Multimedia dalam Bahasa (2019), video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video juga tidak memerlukan suntingan kecuali bahagian akhir video yang memerlukan kredit. Video one shot disertai dengan satu lagu yang sesuai. Penggambaran video tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu ataupun kumpulan. Video one shot yang menarik menunjukkan pergerakan individu atau kumpulan yang keluar dan masuk dari sisi untuk menampakkan video yang lebih menarik. Setiap rakaman video one shot berdurasi lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih.

    Ketika mesyuarat yang pertama, terdapat kekangan yang kami perlu atasi kerana terdapat ahli kumpulan yang tidak dapat balik ke kampus. Memandangkan ini tugasan video yang pertama, banyak perkara yang perlu dibincangkan termasuklah mengenai jawatankuasa kerana ianya berbeza dengan fotografi. Mengenai pencarian lokasi pula, lokasi untuk one shot one layer agak susah sebenarnya kerana tidak boleh ada sebarang gangguan pada bahagian latar belakang video. Setelah memerah otak sewaktu mesyuarat, semua ahli bersetuju untuk membuat penyuntingan di FBMK kerana terdapat rumah tradisional. Walaupun banyak halangan, akhirnya video ini siap dengan jayanya.

Berikut merupakan pautan YouTube video berkumpulan bagi tugasan ini:



KEHADIRAN KULIAH MINGGU 7 - 11/05/2022